ALERT! Fraudulent attempts to impersonate BNP Paribas entities in Malaysia on social media and instant messaging channels

April 18, 2023

We have been made aware of recent attempts to impersonate certain BNP Paribas entities in Malaysia (namely BNP Paribas Asset Management Malaysia Sdn Bhd, BNP Paribas Asset Management Najmah Malaysia Sdn Bhd and BNP Paribas Malaysia Berhad) on social media and instant messaging channels for fraudulent purposes, such as soliciting funds or investments. Such persons have been posing as agents/employees of BNP Paribas.  

BNP Paribas wishes to caution its clients and the general public to be alert to fraudulent attempts conducted through calls, emails, text messages or other communication channels. We do not offer any retail products and we do not deal with individual investors directly. 

We remind all clients to please exercise caution before providing any personal details or making any transfer of funds and always contact your BNP Paribas representative to validate the authenticity of these communications on his/her usual business contact number known to you.

If you believe you have been defrauded or that a financial institution has been impersonated, please immediately call the National Scam Response Centre (NSRC) at 997 (8.00am – 8.00pm) and make a police report.

You may also lodge a complaint at Securities Commission Malaysia’s website: Beware of Scams – INVESTOR EMPOWERMENT | Securities Commission Malaysia.

* * *

AMARAN! Percubaan penipuan untuk menyamar sebagai entiti BNP Paribas di Malaysia di media sosial dan saluran pemesejan segera

Kami telah dimaklumkan tentang percubaan penipuan dengan menggunakan nama BNP Paribas (iaitu BNP Paribas Asset Management Malaysia Sdn Bhd, BNP Paribas Asset Management Najmah Malaysia Sdn Bhd dan BNP Paribas Malaysia Berhad) di media sosial dan saluran pemesejan segera. Penipuan ini berbentuk pujukan bagi mendapatkan dana pelaburan. Individu yang berkenaan telah menyamar sebagai ejen ataupun pekerja BNP Paribas.

BNP Paribas ingin mengingatkan semua pelanggannya dan orang awam agar berwaspada dengan cubaan penipuan melalui panggilan, e-mel, pemesejan teks atau saluran komunikasi yang lain. Kami menegaskan BNP Paribas tidak menawarkan sebarang produk pelaburan runcit dan kami tidak berurusan dengan pelabur individu secara langsung.

Kami juga mengingatkan semua pelanggan dan orang awam supaya berhati-hati sebelum memberikan sebarang butiran peribadi ataupun membuat pemindahan dana. Sila hubungi wakil BNP Paribas yang terdekat untuk mengesahkan kesahihan maklumat yang diterima.

Jika anda percaya anda telah ditipu atau didekati individu yang menyamar sebagai wakil dari institusi kewangan, sila hubungi Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NSRC) dengan segera di talian 997 (8.00 pagi – 8.00 malam) dan laporkan kepada polis.

Anda juga boleh membuat aduan di laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia: Awas Penipuan – PEMERKASAAN PELABUR | Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.